OhSnapTv - Logo

IN THE SPOTLIGHT

’15:45′ is a short film concept by Helmie Yusoh with an original script by Deli Saha. This found footage approach will have viewers engaged from start to finish. Watch it here

Spotlight - Think Media 2

TH.INK MEDIA

Tell us about yourself
Th.ink Media ditubuhkan pada tahun 2018 oleh saya, Helmie Yusoh dan Deli Saha sebagai platform untuk kami berkarya dan berkongsi kepada mereka yang berminat untuk tonton. Sebagai pemula, fokus kami adalah di youtube di mana kami boleh bina nama secara perlahan.

Namun pada tahun 2018 kami cuma keluarkan 1 filem pendek sahaja kemudian masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kemudian, pada September 2019, kami mula nekad cari masa untuk keluarkan sebanyak mungkin filem pendek yang akhirnya menjadikan jumlah terkumpul filem pendek kami sekarang adalah 11 buah.

Selain itu, kami juga sedang berusaha untuk membesarkan kumpulan kami supaya lebih senang untuk kami bertukar-tukar idea demi untuk menghasilkan karya yang bagus.



Th.ink Media was founded in 2018 by me, Helmie Yusoh and Deli Saha as a platform for us to work and share with those interested in watching. For starters, our focus is on youtube where we can build names slowly. But in 2018 we only released 1 short film and each was busy with our own business. Then, in September 2019, we began to look forward to releasing as many short films as possible, making our current total of 11 short films. In addition, we are working to grow our group so that it is easier for us to exchange ideas for the sake of producing good works.

How did the idea and story of this film come about?

Disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula, kami merasakan lokasi paling sesuai dijadikan tempat penggambaran adalah di rumah sendiri. Idea tercetus apabila kawasan rumah yang dijadikan lokasi penggambaran sebenarnya telah banyak berlaku kes pembunuhan dan bunuh diri. Dari situ, idea mula diolah dan kami mula mencari artikel dan berita tentang kes-kes yang pernah berlaku dan sedikit demi sedikit idea mula diterjemah kan kepada tulisan dan dijadikan skrip.



Since the era of the Movement Control Order (CPP) has begun, we feel the best location for filming is at home. The idea came to light when the area of the house being the location of the shooting was actually a case of murder and suicide. From there, ideas began to work and we began to search for articles and news stories about past cases and gradually began to translate them into writing and scripting.

What inspiration or references did you draw from in terms of other films, mediums, filming techniques?

Inspirasi terbesar kepada filem pendek ini adalah dari filem The Taking of Deborah Logan (2014) dan The Visit (2015). Konsep kedua-dua filem ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada kami dan kami jadikan filem-filem ini sebagai rujukan. Kami sebenarnya ingin meletakkan lebih banyak raw footages moments tapi setelah diteliti, ia agak merbahaya terutama kepada audiens kerana untuk kami, audiens di Malaysia masih belum menerima sepenuhnya konsep sebegini dalam filem. Jadi kami mengambil langkah selamat untuk tidak meletakkan konsep raw secara total.



The biggest inspirations for this short film are from The Taking of Deborah Logan (2014) and The Visit (2015). The concept of both films has been a bit of an inspiration to us and we have made these films a reference. We actually want to put in more raw footages moments but after all, it’s a bit dangerous especially for the audience because for us, the audience in Malaysia has never fully embraced this kind of concept in film. So we took a safe step not to put the raw concept in its entirety.


What were some of the challenges you faced in getting this film made?

Bagi kami, cabaran semasa penggambaran filem ni tidaklah terlalu besar sebabnya kami cuma shoot di kawasan rumah. Tapi, untuk filem ini, disebabkan kami guna konsep yang tidak biasa digunakan, cabarannya adalah kami perlu berganding untuk hasilkan satu naskah yang baik supaya orang berminat untuk tonton. Contohnya, saya sebagai pengarah dan penyunting, saya perlu pastikan setiap arahan saya berkesan supaya proses suntingan nanti lebih senang.
Manakala Deli Saha sebagai penulis dan pelakon, dia kena pastikan cerita tu tidak membosankan dan lakonannya tidak boleh nampak berlakon.


 

For us, the challenge during filming was not so great because we just shoot in the house. However, for this movie, because we use a concept that is not commonly used, the challenge is that we need to work together to produce a good script for people to watch. For example, as a director and editor, I need to make sure that each of my directories is effective to make the editing process easier. While Deli Saha is a writer and actress, she has to make sure that the story is not boring and that her acting can’t be acted out.

Scroll Up